12 Feb 2019 – Mesyuarat Kluster Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Sekolah Bil.1/2019 telah diadakan di PKG Telok Gadong. Ahli mesyuarat adalah terdiri dari Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah ahli zon PKG Telok Gadong. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh En. Nor Ahmad bin Khamzah, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Segala persoalan dan masalah telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dan diselesaikan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.20 tengah hari.