18 Julai 2019 – Pusat Kegiatan Guru Daerah Klang bersama-sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah mengadakan satu program iaitu Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Klang 2019 pada 16 Julai 2019 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar. Bengkel ini melibatkan sejumlah 20 orang murid dari lima zon di daerah Klang. Setiap zon telah menghantar seramai 4 orang wakil murid tokoh NILAM bagi empat kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. Bengkel ini turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Klang iaitu Puan Hajah Adliyah Binti Ramli dan juga Ketua Unit Perkhidmatan SumberPendidikan BTPN Selangor.

senarai_nama_tokoh_NILAM_2019_

GAMBAR AKTIVITI BENGKEL