9.10.2018 – Mesyuarat Kluster Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Sekolah Bil.2/2018 telah diadakan di PKG Telok Gadong. Ahli mesyuarat adalah terdiri dari Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah ahli zon PKG Telok Gadong. Mesyuarat ini juga adalah kesinambungan dari mesyuarat Bil.1/2018. Segala persoalan dan masalah cuba diselesaikan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.40 tengahari.