PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian
murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Untuk tahun ini perlaksanaan dilaksanakan dalam dua peringkat kumpulan iaitu : Kumpulan 1 : Sekolah Menengah (1hb Julai – 30hb Ogos 2019)

  1. Murid Tingkatan 3 (40 orang)
  2. Murid Tingkatan 5 (40 orang)

Kumpulan 2 : Sekolah Rendah (15hb JulaiSeptember – 22 November 2019)

  1. Murid Tahun 6 (2 KELAS)

PANDUAN RINGKAS UNTUK DCS 2019
http://www.btpnsel.edu.my/2019/06/dcs-2019/