27 September 2018 : PKG Telok Gadong telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Tekno ICT Bil.2/2018 di PKG Telok Gadong. Mesyuarat ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Penyelaras ICT (GICT) sekolah ahli PKG. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Khairul Darimi bin Abdu Rani ,Naib pengerusi Kluster Tekno ICT , mengantikan Tuan.Hj. Samsudin bin Katan Guru Besar SK Sg. Udang yang tidak hadir kerana terlibat dengan program di PPD Klang. Beberapa perkara telah disampaikan dan perlu diberi perhatian serta tindakan dari pihak sekolah. Semoga apa yang disampaikan dan perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PKG Telok Gadong dan semua sekolah ahli. Semua ahli mesyuarat memberikan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan. Segala persoalan dan masalah cuba diselesaikan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.50 tengahari.