8 Mac 2019 : PKG Telok Gadong telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kluster Tekno ICT Bil.1/2019 di PKG Telok Gadong. Mesyuarat ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru Penyelaras ICT (GICT) sekolah ahli PKG. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Khairul Darimi bin Abdu Rani ,Naib pengerusi Kluster Tekno ICT , mengantikan Tuan.Hj. Samsudin bin Katan Mantan Guru Besar SK Sg. Udang yang telah bersara pada November 2018. Beberapa perkara yang telah disampaikan dan perlu diberi perhatian serta tindakan dari pihak sekolah. Semoga apa yang disampaikan dan perancangan serta aktiviti 2019 yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PKG Telok Gadong dan semua sekolah ahli. Semua ahli mesyuarat memberikan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan. Segala persoalan dan masalah cuba diselesaikan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.10 tengah hari.