28 Sept 2018 : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan PKG Daerah Klang telah mengadakan Program Kembara dan Pembugaran Admin VLE Daerah Klang yang bertempat di PKG Telok Gadong. Seramai 30 admin VLE sekolah hadir menyertai program ini. Program bermula seawal pada jam 8.00 pagi. Program dimulakan dengan  ucapan  oleh Tn.Hj Abdul Halim bin Marzuki,  Penolong Pengarah UMIP BTPN Selangor. En. Zafiran Bin Mustafa, Unit Media, Inovasi dan Pendidikan BTPN Selangor pula memberi info berkenaan peranan admin sekolah dan KPI VLE. En. Hang Kashturi bin Ishak, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Subang Jaya pula memberkan info berkaitan Pembinaan Site Guru, Site Murid dan Site Pusat Sumber Sekolah. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya.