20 Mac 2019 : PKG Telok Gadong telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti Bil.1/2019 di PKG Telok Gadong. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli PKG Telok Gadong. Turut hadir dalam mesyuarat ini Pn. Nik Asma binti Nik Ahmad,Ketua Penolong Pengarah, BTPN Selangor dan En. Anuar bin Mohd Amin, Wakil Pegawai PPD Klang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Hjh. Haznah binti Hamzah, Pengetua SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang . Beberapa perkara telah disampaikan dan perlu diberi perhatian serta tindakan dari pihak sekolah. Semoga apa yang disampaikan dan perancangan aktiviti 2019 yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan kerjasama PKG Telok Gadong dan semua sekolah ahli.